Khamis, 13 Ogos 2015

Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid

Pendahuluan 

Dalam dunia pendidikan masa kini, seseorang guru mestilah selalu menerima antara satu sama lain dan sentiasa memberi perhatian dan seharusnyalah sentiasa mengambil tahu tentang masalah emosi dalam kalangan murid khususnya murid sekolah rendah. Perkara ini sangat penting agar semua murid sentiasa dapat melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah.

   Secara umumnya, emosi murid perlu dikekalkan atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru agar lebih bersikap pembimbing disisi murid. Guru juga perlu memahami emosi murid kerana perbezaan tingkahlaku, sosial dan rohani dalam kalangan murid sememangnya berbeza antara satu sama lain.

Tanda-Tanda Awal Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid

Tekanan didefinisikan sebagai satu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang dialaminya. (Dr. David B. Posen - Lifestyle Counselor and Psychotherapist). Terdapat dua jenis tekanan iaitu austress iaitu tekanan positif dan juga distress iaitu tekanan negatif.
Kebiasaannya, terdapat dua jenis tanda awal gangguan emosi tersebut iaitu tanda positif dan tanda negatif.
 Tanda positif dapat dilihat :
1. Empati iaitu memahami orang lain dengan mendalam.
2. Mengungkapkan dan memahami
3. Mengendalikan amarah.
4. Kemandirian iaitu berdiri berdikari.
5. Kemampuan untuk menyesuaikan diri.
6. Disukai oleh orang lain
7. Semangat setiakawan
8. Keramahan.

Seseorang murid yang merasa emosinya terganggu pula adalah disebabkan beberapa faktor :

1. Kecemasan dan marah
2. Sukar tunjukkan emosi tertentu
3. Alami Kesulitan
4. Konflik

     Ketika tertekan badan kita akan mengeluarkan satu horman rangsangan yang bernama ' adrenaline' kedalam saluran darah kita. Bersama-sama dengan beberapa horman yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat    ( untuk mengepam lebihan darah ke otak, otot dan jantung ); pernafasan seseorang akan lebih laju untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan ) dan seterusnya.
   Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika steress atau tekanan berpanjhangan di dalam hidup kita dan kita bijak untuk menguruskannya, ia akan bertukar menjadi 'distress' yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.

Gejala-gejala tekanan

Antara gejala-gejala tekanan Termasuklah:
a) Fizikal iaitu berlaku keletihan, pening kepada, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di                 kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, berasa loya, ketar badan ,             sejuk tangan dan berpeluh.
b) Mental iaitu kerap berlaku hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak         boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.
c) Emosi iaitu sentiasa risau, sentiasa bimbang. sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif,     mudah hilang sabar dan panas baran.
d) Perangai di mana sering mengalami keluh kesah, lahir tabiat seperti mengigit kuku dan                       menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki           hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.

    Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa tekanan juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)

Faktor-faktor Tekanan Emosi Murid

    Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang murid mengalami tekanan. Pelajar amat mudah terdedah kepada tekanan disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka. Hal ini berlaku apabila terdapat sesetengah pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik pada peringkat sekolah menengah atau kolej. Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan akademik memberikan tekanan yang tinggi kepada pelajar dalam merealisasikan wawasan mereka.

   Selain itu faktor persekitaran, persaingan hubungan interpersonal dan cara pemikiran pelajar, turut menyebabkan tekanan emosi kepada pelajar. Oleh itu, tekanan masih tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan pelajar dalam kehidupan mereka menuntut ilmu dan memperoleh berbagai kemahiran. Bentuk tekanan dalam kalangan pelajar juga adalah berbeza. Terdapat murid yang berupaya berhadapan dengan tekanan tanpa mengalami apa-apa kesan fizikal, mental atau emosi yang negatif serta berupaya memotivasikan diri. Ada juga murid yang tidak berupaya menguruskan tekanan apabila berada dalam peringkat yang tinggi. Tekanan yang melebihi tahap tertentu sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan berbagai masalah kepada saetiap individu yang terbabait. Biasanya, tekanan emosi dialami dalam berbagai keadaan seperti rasa sunyi, kurang tidur, keresahan , kebimbangan yang tinggi serta simpton fisiologi yang ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami. Oleh  yang demikian, tekanan emosi bolehmenyebabkan kehidupan dan pergaulan seharian pelajar terjejas sehingga memberikan impak negatif terhadap tahap kesihatan , personaliti, interaksi sosial dan pencapaian akademik mereka.

    Menurut Campbell dan Svenson, apabila dilihat dari aspek yang negatif ayau tekanan yang terlalu tinggi, hal ini boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap kesihatan dan pencapaian akademik pelajar. Oleh sebab itu ini adalah satu fenomena yang membimbangkan berbagai piuhak sekiranya tidak dapat ditangani secara menyeluruh, maka mengenal pasti faktor penyebab tekanan terlebih dahulu adalah amat penting sebelum program pengurusan tekanan dilakukan.
 
    Menurut satu penyelidikkan yang dilakukan oleh Penyelidik dari Universiti Melbourne Australia, menjalankan Projek Gatehouse selama enam tahun terhadap pelajar sekolah di sana mengenai penggunaan dadah, aktiviti seks, kemurungan dan keinginan membunuh diri. Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa masalah sosial ini menurun  sebanyak 50 peratus hingga 66 peratus selepas pelajar dibekalkan ilmu pengurusan tekanan emosi harian.

   Sememangnya  ilmu mengurusklan tekanan emosi sangat penting diajarkan kepada pelajar supaya mereka dapat membentengkan diri sendiri apabila menghadapi tekanan dengan menyeimbangankan emosi. Oleh sebab itu, melalui pendidikan di sekolah, setiap pelajar dididik supaya dapat menyeimbangkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual dalam kehidupan seharian.

   Gejala kesihatan mental dalam kalangan remaja juga menunjukkan pola meningkat dan perlu ditangani dengan sebaik-baik mungkin dari semasa ke semasa. Usaha semua pihak dalam menangani masalah ini dapat mengurangkan gejala tekanan emosi dan kemurungan dalam kalangan remaja. Pendidikan adab dan akhlak yang baik di rumah serta di sekolah dapat membentuk tingkah laku yang seimbang, sekali gus membentuk remaja yang mempunyai personaliti yang seimbang dan mampu menguruskan emosi.

Kesimpulan

Tekanan emosi merupakan pengalaman atau kejadian yang sering dialami seseorang individu hingga menyebabkan gangguan terhadap pemikiran perasaan dan aktiviti harian, maka hal ini perlu diuruskan dan ditangani dengan segera supaya tidak menjadi lebih serius dan mengganggu kesihatan individu yang terlibat. Menurut Lessard, tekanan yang tidak sengaja dialami oleh orang dewasa, boleh juga melanda remaja dan kanak-kanak. Keadaaan ini memerlukan keseimbangan dari berbagai aspek, khususnya bagi memainkan peranan dan tanggungjawab. Sekiranya tiada keseimbangan seseorang itu mudah mengalami tekanan emosi. Oleh hal yang demikian, fenomena tekanan dalam kalangan pelajar merupan topik yang sering menjadi bahan kajian kebanyakkan pengkaji.

1 ulasan:

  1. Harrah's Reno - Casinos, Hotels & Motels - MapYRO
    Harrah's Reno is located 성남 출장안마 in a community of 2.9 의정부 출장마사지 million people. Harrah's Reno Hotel and Casino has over 1,000 rooms and is on the Casino Rating: 2.8 · ‎25 reviews · ‎Price range: 김해 출장마사지 $$ (Based on Average Nightly Rates for a Standard Room from our Partners)What are some of the property amenities at Harrah's Reno?Which room amenities are available 충주 출장마사지 at 강원도 출장샵 Harrah's Reno?

    BalasPadam